KEGELAPAN

kegelapan merupakan satu suasana yang kelam dan tiada cahaya, suasana yang gelap penuh dengan dugaan dan halangan yang berliku. Orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan pasti menemui kesesatan..

Pages

Fitrah hidup manusia

PASIR
pasir merupakan batuan-batuan kecil yang terdapat di atas muka bumi ini dan terdiri daripada berbillion-billion jumlahnya. namun apakah nilai sebutir pasir itu?. sebutir pasir adalah tidak bernilai langsung, pasir hanya bernilai jika ia terdiri dalam jumlah yang sangat banyak...
adakah manusia patut digambarkan ibarat sebutir pasir di lautan sahara? Seorang manusia pasti tidak mampu merealisasikan satu impian dan mewujudkan sebuah ketamadunan berseorangan. Kejayaan hanya akan di kecapi apabila sesuatu perubahan dilakukan bersama..
sebutir pasir tidak mampu mendirikan sesebuah bangunan, menutupi permukaan daratan dan merusakkan alam sekitar, begitu juga manusia yang kerdil lagi hina ini yang juga diumpamakan ibarat sebutir pasir..
setiap manusia perlu berpasang-pasangan dan hidup bermasyarakat, hidup saling membantu antara satu sama lain. Seberti mana juga diibaratkan pasir…
MANUSIA
Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T daripada tanah dan pasir itu adalah merupakan tanah, manusia yang subur dengan akhlak dan pemikiran yang baik adalah digambarkan seperti tanah-tanah yang subur. Manakala manusia yang keji dan berakhlak buruk digambarkan seperti tanah tandus yang tidak berguana..
Adalah menjadi fitrah manusia dilahirkan tidak mengerti apa-apa hanya corak dan ajaran yang disampaikan kepadanya sahaja yang merubah mereka..
Dikalangan manusia yang baik pasti ada manusia yang buruk, dan diatas satu permukaan tanah pasti ada tanah yang tidak berguna. Jika tanah yang subur dikelilingi oleh banyak tanak tandus yang tidak subur maka tanah subur itu juga pasti tidak efektif untuk pertanian..
Setiap manusia dijadikan daripada tanah, dari tanah dia datang ke tanah jua pasti dia akan kembali…

0 comments:

Post a Comment